Saturday 22 July 2017

WARNA WARNI HARIRAYA AIDIL FITRI

Tanggal 22/07/2017 (Sabtu ) KRT Taman Desa Melati telah menggadakan sambutan Hariraya Aidilfitri peringkat KRT Taman Desa Melati. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang julung -julung kali diadakan disambut dengan meriah oleh warga Krt Taman Desa Melati. Pengerusi KRT Taman Desa Melati Tuan Haji Ramli bin Ab. Rahman telah merasmikan sambutan Warna warni Hari Raya Aidilfitri KRT Taman Desa Melati.








Tuesday 13 June 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA KRT TAMAN DESA MELATI

MAJLIS BERBUKA PUASA KRT TAMAN DESA MELATI

Pada 12.06.2017 iaitu bersamaan dengan hari Nuzul Al-Quran , pihak KRT Taman Desa Melati  telah mengadakan majlis berbuka puasa .Program ini adalah merupakan program rutin tahunan bagi KRT Taman Desa Melati.
Rasionalnya pihak KRT Taman Desa Melati  mengadakan majlis berbuka puasa adalah selaras dengan sabda  Rasulullah SAW mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka yang bermaksud : Para malaikat memohon rahmat pada malam-malam Ramadhan ke atas orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka puasa daripada sumbernya yang halal, kemudian pada malam Lailatul Qadar, Jibril a.s berjabat tangan dengannya.
Program Majlis Berbuka puasa ini diharapkan  dapat mendidik hati para AJK KRT dan warga KRT Taman Desa Melati  dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT dalam aspek amalan berbuka puasa bersama-sama. Yang menariknya pada tahun ini hampir semua jaudah berbuka puasa dibuat secara gotong royong. Seawal jam 9.00 pagi lagi AJK bertungkus lumus menyediakan juadah di mulai dengan acara menyembelih  seekor kambing. Kambing itu adalah sumbangan daripada En Anua , salah seorang AJK KRT Taman Desa Melati. Terima kasih kepada En Anua.



ABE NOR SEDANG MELAPAH KAMBING


SEMANGAT GOTONG ROYONG DIKALANGAN AHLI

Selepas proses melapah kambing selesai ,  penyediaan bahan- bahan juadah untuk berbuka  diteruskan oleh jiran wanita




JIRAN WANITA SEDANG MENYEDIAKAN JAUDAH BERBUKA PUASA

Seterusnya sebelum berbuka puasa diadakan  Tahlil yang dikepali oleh Iman  Masjid mukim Kenor.  Disamping itu juga warga KRT Taman Desa Melati juga berpeluang  membayar Zakat Fitrah kepada Iman Masjid Mukim Kenor. Hampir 100 orang warga KRT Taman Desa Melati telah bersama-sama dengan Pengerusi KRT Taman Desa Melati Tuan Haji Ramli bin Ab. Rahman menghadiri majlis berbuka puasa dan sembahyang terawih . Tahniah kepada Warga KRT Taman DesaMelati......

Majlis Tahlil sebelum berbuka

Warga KRT Taman Desa Melati berbaris untuk membayar Zakat Fitrah

KEMERIAHAN BERBUKA PUASA 

ASALKAN DAPAT BERBUKA..ATAS JALAN PUN OK...




DI MULAI DENGAN BUAH KURMA DAN AIR MINERAL

SELEPAS SEMBAHYANG TERAWIH,  DI SAMBUNG DENGAN MOREY .... KARI KELAPA KAMBING DENGAN  CICAH ROTI BATAL ...

MAKAN CARA ORANG ARAB......CICAH RAMAI-RAMAI...

                                      

Sunday 21 May 2017

GOTONG ROYONG BERSIH KUBUR


Bulan Mei 2017 adalah bulan yang aktif bagi AJK KRT Taman Desa Melati .Pada pagi jumaat 19.5.2017 , AJK  KRT Taman Desa Melati dibantu pihak AADK Kuala Krai telah membantu warga  Sungai Durian membersihkan Tanah Perkuburan Ipoh. Tahniah kepada semua Warga KRT Taman Desa Melati.


PERTANDINGAN BADMINTON REMAJA KRT TAMAN DESA MELATI


PADA 20.5.017 ( SABTU ) KRT TMN DESA MELATI TELAH MENGANJURKAN KEJOHANAN BADMINTON JIRAN REMAJA. PENYERTAAN DARIPADA REMAJA SEKITAR TAMAN KRT DESA MELATI ADALAH DILUAR DUGAAN SEKALI. SAMBUTAN DARIPADA REMAJA ADALAH AMAT MEMBANGGGAKAN .








PERTANDINGAN SEPAKAN PENALTI TERTUTUP KRT TAMAN DESA MELATI

Pada Tanggal 19/5/2017 baru -baru ini , KRT Taman Desa Melati telah mengajurkan pertandingan Sepakan Penalti . Pertandingan itu terbuka kepada semua warga KRT Tmn Desa Melati .Sebanyak 4 pasukan terhebat dikawasan kejiranan Taman Desa Melati telah menyertai pertandingan yang julung-julung kali diadakan. Keputusannya pasukan daripada Taman koperasi dan Gabungan KK Heights telah menjadi johan.


Monday 27 April 2015

PROGRAM RAMAH MESRA DENGAN PEGAWAI PERPADUAN DAERAH

KRT Tmn Desa Melati berasa berbesar hati kerana berpeluang dan berkenalan dengan PPD KK/GM yang baru iaitu Encik Hanif bin Mohd Hussin. Majlis Ramah Mesra dan dijalankan sekali dengan Mesyuarat KRT yang diadakan di Restoran Singgah Sokmo. KRT Tmn Desa Melati merasa teruja dengan kehadiran PPD KK/GM yang telah menyuntik semangat baru kepada rakan-rakan KRT . Pada majlis itu juga Encik Hanif telah berbesar hati menyampaikan cendera hati kepada bekas AJK Krt Tmn Desa Melati iaitu En Mat Rani yang telah berpindah ke kawasan Kejiranan Baru. Terima kasih banyak-banyak kepada En Mat Rani yang telah memberi sumbangan tenaga bakti kepada KRT Tmn Desa Melati.




PROGRAM BASMI DENGGI BERSAMA PIHAK KESIHATAN




Baru-baru ini KRT Taman Desa Melati  bersama-sama dengan Pihak Kesihatan Daerah Kuala Krai telah menjalankan program basmi Aedes di kawasan kejiranan Taman Desa  Melati. Program yang julung-julung kali itu diadakan adalah bertujuan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Program yang dijalankan mendapat kerjasama yang padu daripada warga setempat. Tahniah kepada Warga KRT Taman Desa Melati....