Monday, 12 March 2012

Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk

Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk Percaya ataupun tidak banyak dikalangan orang ketika menggunakan tandas , terpaksa naik dan mencangkung di atas tandas mangkuk untuk menghindari dari duduk di mangkuk tandas awam yang kadang kalanya untuk mengelak dari kekotoran. Bagaimanapun tindakan ini akan mengakibatkan kita berada pada posisi yang sangat berbahaya.Mencangkung pada saat menggunakan tandas mangkuk duduk sangat dilarang, kerana bahannya terbuat dari seramik / porselein, tidak mampu untuk menampung berat seluruh badan pada satu masa. Lihat gambar dibawah, ini adalah peristiwa yang benar-benar terjadi, dimana mangkuk tandas duduk terbelah dan pecah ketika seorang gadis duduk mencangkung saat menggunakannya. sumber : HasnulHadiAhmad.Com

Sunday, 11 March 2012

TIPS MAKANAN SIHAT

Amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran bukan saja menjadikan kulit anda cerah sihat tetapi juga menjadikan penampilan lebih menawan. Sekumpulan saintis di Universiti St Andrews memantau pengambilan makanan 35 orang dan turut merakamkan gambar mereka sepanjang tempoh berkenaan. Mereka mendapati, memakan secara purata 2.9 bahagian lebih buah-buahan dan sayur sehari akan menyebabkan seseorang kelihatan sihat dibandingkan dengan orang lain pada akhir kajian, manakala pengambilan tambahan 3.3 bahagian akan menambahkan lagi daya tarikan Buah dan sayur kaya dengan karotenoid yang memelihara daripada kerosakan sel akibat pencemaran dan pancaran ultra ungu dan boleh mencegah masalah berkaitan umur seperti penyakit jantung dan kanser.

Thursday, 1 March 2012

WAJAH BARU PEJABAT MASA KINI







Beginilah Suasana dan wajah Pejabat Google di Zurich begitu hebat .... Kalau KRT Taman Desa Melati banyak duit macam  Google aku pun ingin mencadangkan pejabat KRT Taman Desa Melati pun dibuat sebegini. Angan-angan aje kot.......

Sumber gambar : Team Gempak

KEAJAIBAN KAABAH MENURUT KAJIAN SAINTIFIK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.

Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Mekah merupakan tanah suci di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia.


Menurut sejarah Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam as. Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as membina semula Kaabah, seterusnya pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Maka berlakulah beberapa rentetan peristiwa pembinaan semula Kaabah selepas itu.


Berikut adalah 16 perkara tentang Kaabah menurut kajian sains yang tidak diketahui ramai:


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.


2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.


3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.


4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.


6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.


7. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.


8. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.


9. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.


10. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.


11. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.


12. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.


13. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.


14. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


15. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.


16. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.



Wallahu’alam….

Sumber ; Team Gempak