Monday, 27 April 2015

PROGRAM RAMAH MESRA DENGAN PEGAWAI PERPADUAN DAERAH

KRT Tmn Desa Melati berasa berbesar hati kerana berpeluang dan berkenalan dengan PPD KK/GM yang baru iaitu Encik Hanif bin Mohd Hussin. Majlis Ramah Mesra dan dijalankan sekali dengan Mesyuarat KRT yang diadakan di Restoran Singgah Sokmo. KRT Tmn Desa Melati merasa teruja dengan kehadiran PPD KK/GM yang telah menyuntik semangat baru kepada rakan-rakan KRT . Pada majlis itu juga Encik Hanif telah berbesar hati menyampaikan cendera hati kepada bekas AJK Krt Tmn Desa Melati iaitu En Mat Rani yang telah berpindah ke kawasan Kejiranan Baru. Terima kasih banyak-banyak kepada En Mat Rani yang telah memberi sumbangan tenaga bakti kepada KRT Tmn Desa Melati.




PROGRAM BASMI DENGGI BERSAMA PIHAK KESIHATAN




Baru-baru ini KRT Taman Desa Melati  bersama-sama dengan Pihak Kesihatan Daerah Kuala Krai telah menjalankan program basmi Aedes di kawasan kejiranan Taman Desa  Melati. Program yang julung-julung kali itu diadakan adalah bertujuan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Program yang dijalankan mendapat kerjasama yang padu daripada warga setempat. Tahniah kepada Warga KRT Taman Desa Melati....