Tuesday, 13 June 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA KRT TAMAN DESA MELATI

MAJLIS BERBUKA PUASA KRT TAMAN DESA MELATI

Pada 12.06.2017 iaitu bersamaan dengan hari Nuzul Al-Quran , pihak KRT Taman Desa Melati  telah mengadakan majlis berbuka puasa .Program ini adalah merupakan program rutin tahunan bagi KRT Taman Desa Melati.
Rasionalnya pihak KRT Taman Desa Melati  mengadakan majlis berbuka puasa adalah selaras dengan sabda  Rasulullah SAW mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka yang bermaksud : Para malaikat memohon rahmat pada malam-malam Ramadhan ke atas orang yang memberi makan untuk orang yang berbuka puasa daripada sumbernya yang halal, kemudian pada malam Lailatul Qadar, Jibril a.s berjabat tangan dengannya.
Program Majlis Berbuka puasa ini diharapkan  dapat mendidik hati para AJK KRT dan warga KRT Taman Desa Melati  dalam aspek mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan yang dikurniakan Allah SWT dalam aspek amalan berbuka puasa bersama-sama. Yang menariknya pada tahun ini hampir semua jaudah berbuka puasa dibuat secara gotong royong. Seawal jam 9.00 pagi lagi AJK bertungkus lumus menyediakan juadah di mulai dengan acara menyembelih  seekor kambing. Kambing itu adalah sumbangan daripada En Anua , salah seorang AJK KRT Taman Desa Melati. Terima kasih kepada En Anua.



ABE NOR SEDANG MELAPAH KAMBING


SEMANGAT GOTONG ROYONG DIKALANGAN AHLI

Selepas proses melapah kambing selesai ,  penyediaan bahan- bahan juadah untuk berbuka  diteruskan oleh jiran wanita




JIRAN WANITA SEDANG MENYEDIAKAN JAUDAH BERBUKA PUASA

Seterusnya sebelum berbuka puasa diadakan  Tahlil yang dikepali oleh Iman  Masjid mukim Kenor.  Disamping itu juga warga KRT Taman Desa Melati juga berpeluang  membayar Zakat Fitrah kepada Iman Masjid Mukim Kenor. Hampir 100 orang warga KRT Taman Desa Melati telah bersama-sama dengan Pengerusi KRT Taman Desa Melati Tuan Haji Ramli bin Ab. Rahman menghadiri majlis berbuka puasa dan sembahyang terawih . Tahniah kepada Warga KRT Taman DesaMelati......

Majlis Tahlil sebelum berbuka

Warga KRT Taman Desa Melati berbaris untuk membayar Zakat Fitrah

KEMERIAHAN BERBUKA PUASA 

ASALKAN DAPAT BERBUKA..ATAS JALAN PUN OK...




DI MULAI DENGAN BUAH KURMA DAN AIR MINERAL

SELEPAS SEMBAHYANG TERAWIH,  DI SAMBUNG DENGAN MOREY .... KARI KELAPA KAMBING DENGAN  CICAH ROTI BATAL ...

MAKAN CARA ORANG ARAB......CICAH RAMAI-RAMAI...