Thursday, 23 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KRT TAMAN DESA MELATI




Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Krt Taman Desa Melati telah diadakan pada pada hari Isnin 20.2.2012 . Majlis Sambutan Maulidur Rasul itu mendapat sambutan yang  memberangsangkan daripada penduduk sekitar . Majlis itu diserikan dengan  Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Bahrain bin Yusuf (Imam 1 Masjid Bachok )

Monday, 13 February 2012

Tabika Perpaduan Baru untuk Warga KRT Taman Desa Melati



Syukur kepada Allah S.w.t memang tidak disangka -disangka warga KRT Taman Desa Melati  dapat Tabika Perpaduan . Tadika Perpaduan yang serba lengkap itu bermula operasi pada 4.1.2012. Sedikit sebanyak Tabika itu dapat mengurangkan beban kewanganWarga KRT Taman Desa Melati , jika pada tahun-tahun lepas warga KRT Taman Desa Melati terpaksa menghantar anak-anak mereka yang berumur 5 tahun dan 6 tahun ke Kuala Krai atau ke Guchil , tapi sekarang tidak perlu lah mereka menghantar anak mereka ke sana lagi. Jimatlah sedikit perbelanjaan . Baru-baru ini pihak AJK KRT Taman Desa Melati telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan Solat Hajat sempena Pembukaan Tadika Perpaduan berkenaan.

AKTIVITI-AKTIVITI KRT TAMAN DESA MELATI










Program-program yang telah dilaksanakan oleh KRT Taman Desa Melati pada tahun 2011 Program -program yang dirancang  adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan warga KRT Taman Desa Melati.

Sunday, 12 February 2012

Aktiviti Gotong -Royong Perdana KRT Taman Desa Melati




Aktiviti gotong royong anjuran KRT Taman Desa Melati bertujuan untuk menceriakan Kawasan KRT Taman Desa Melati dan mengeratkan tali persaudaranan diantara AJK KRT dan penduduk setempat.

KRT TAMAN DESA MELATI KUALA KRAI , KELANTAN

KRT Taman Desa Melati adalah sebuah KRT yang baru ditubuhkan pada tahun 2011.Kawasan KRT Taman Desa Melati merangkumi Taman Desa Melati , Taman Abu Bakar Al-Sidiq,Taman Koperasi , Kampung Serindit dan kampung Petaling. AJK KRT Taman Desa Melati adalah seramai 25 orang dan di Pengerusikan oleh Tuan Haji Ramli bin Abdul Rahman.