Monday, 13 February 2012
Tabika Perpaduan Baru untuk Warga KRT Taman Desa Melati
Syukur kepada Allah S.w.t memang tidak disangka -disangka warga KRT Taman Desa Melati dapat Tabika Perpaduan . Tadika Perpaduan yang serba lengkap itu bermula operasi pada 4.1.2012. Sedikit sebanyak Tabika itu dapat mengurangkan beban kewanganWarga KRT Taman Desa Melati , jika pada tahun-tahun lepas warga KRT Taman Desa Melati terpaksa menghantar anak-anak mereka yang berumur 5 tahun dan 6 tahun ke Kuala Krai atau ke Guchil , tapi sekarang tidak perlu lah mereka menghantar anak mereka ke sana lagi. Jimatlah sedikit perbelanjaan . Baru-baru ini pihak AJK KRT Taman Desa Melati telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan Solat Hajat sempena Pembukaan Tadika Perpaduan berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment