Tuesday, 23 December 2014

Banjir Melanda Lagi

Banjir pada tahun ni memang  luar biasa dan diluar jangkaan orang ramai.Memang tiada sesiapa menjangkakan air sungai melimpah dengan cepat dan menegelamkan kawasan -kawasan perumahan yang berhampiran dengan Sungai  seperti Tmn Bukit Sireh.Krt Taman Desa Melati bersyukur kepada Allah S.w.t kerana setakat ni Tmn Desa Melati terhindar dari banjir walaupun lokasi berhampiran dengan Sungai Durian.Rasa sedih dan hiba apabila mengenang nasib rakan -rakan yang berada di pusat pemindahan banjir.krt Tmn Desa Melati  berharap mereka yang dilanda banjir dapat bersabar dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.krt Tmn Desa Melati berharap penderitaan yang dihadapi oleh mangsa -mangsa banjir ini tidak berpanjangan. Musibah banjir ini adalah ujian Allah kepada kita semua yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah. Firman Allah yang bermaksud:

“ Tiada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di muka bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah termaktub di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah ”.
( Surah Al-Hadid : 22 )

Oleh yang demikian, bersabarlah dengan musibah ini dan jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan disebabkan banyaknya kemusnahan atau kehilangan harta kita.




Sunday, 21 December 2014

KASIHNYA IBU

Di sini Krt Tmn Desa Melati ingin berkongsi cerita dari group watsup yang Krt Tmn Melati sertai.. Ceritanya memang mengharukan dan sedikit sebanyak menyentuh disanubari Krt Taman Desa Melati. terima kasih kepada Ustaz Mansor yang berkongsi cerita kepada Krt Tmn Desa Melati.Krt Tmn Desa Melati ingin mengucapkan terimakasih kepada penulis asal cerita ini dan Ustaz Mansor yg berkongsi cerita ini.Diharap cerita ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran dan keinsafan pada kita semua. Begini ceritanya....
"Nurse boleh saya tengok bayi  saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.  Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang  menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan       pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus  berlalu… Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis    memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya   si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan  di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah  kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu… “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan  ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap          dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.   Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya  ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak. “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk- angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia  satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.” Moral: Kecantikan tu seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi   pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan  senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..   Ibumu Yang  Tercantik Sekali..terima kasih ibu sebab melahirkan aku di dunia ini.



                                                                        Kasih Ibu

Thursday, 18 December 2014

Tip Penjagaan Kereta Masa Banjir

Hujan turun mencurah -curah di krt Tmn Desa Melati, disini krt Tmn Desa Melati ingin berkongsi bagamaina menjaga dan memandu kereta di dlm banjir.Ok..ni dia tip-tipnya..
Peringatan TIPS Penjagaan kereta ketika banjir
✅masa lalu kat kawasan banjir pastikan kereta anda mematikan suis lampu, sebab takut short wiring
✅tips kereta tengelam air.
Cabut bateri kereta sebelum tinggal kereta dlm air... jangan start enjin lagi walaupn air dah surut.... sebab jika anda berbuat demikian enjin akan rosak teruk
✅ jemur kereta anda di tempat panas . tukar semua minyak enjin dan minyak gear selepas itu jemur sehingga betul-betul kering , pastikan ia betul -betul kering.
✅semasa lalu dalam air , gunakan gear rendah (gear 1).. tekan class bersama minyak(bagi RPM tinggi) tutup aircon kereta
✅bagi kereta auto ,jangan sesekali berhenti dalam air dan jika anda redah air sila pastikan kereta akan sentiasa berjalan
✅jaga angin tayar kereta dan sebaik nya( kurangkan sedikit angin tayar hadapan) untuk lebih cengkaman)



Tuesday, 16 December 2014

AIR KELAPA SERBA GUNA








Buah Nyiur  , Buah Serba Guna

AIR KELAPA BOLEH MENGGANTIKAN PETROL DLM KECEMASAN
Penah kah kita mendengar bahawa Air kelapa boleh dijadikan alternative untuk menggantikan minyak petrol.? Di sini Krt taman Desa Melati ingin berkongsi tentang kehebatan Air Kelapa , iaitu air serba guna. Baru-baru ini heboh dikalangan mengatakan bahawa sekumpulan jurutera telah menemu satu kaedah menggunakan air kelapa untuk menggantikan minyak petrol. Satu lagi prestasi yg patut diberikan penghargaan untuk pereka enjin dan jurutera yang berhasil menemukan bahan bakar pengganti kepada petrol dengan hanya berbekal bahan asas daripada air kelapa. Okey sekiranya motorsikal kita kehabisan minyak , jangan cepat panik. Ikuti langkah-langkah yang tertera di bawah. Caranya pun amat mudah :
1. Tuangkan air kelapa ke dalam botol kemudian diamkan sekitar 2 jam.
2. Masukan botol ke dalam beg dan tutup rapat dan  hindarkan dari sinar matahari kerana sinar matahari akan merosakkan molekul air kelapa tersebut.
3. Hidupkan motor anda dan bergeraklah seperti biasa hingga anda kehabisan petrol yang ada di dalam tangki. Tetapi usah risau, anda sudah bersedia dengan bekalan bahan bakar yang baru.
4. Pada saat petrol anda habis, gunakan air kelapa yg sudah disiapkan tadi untuk anda minum, kemudian
tolak motor anda sampai stesen minyak terdekat.
Badan sihat, petrol pun jimat.
Selamat mencuba...