Bagaimana dengan harapan pasukan Harimau Malaya di final AFF suzuki cup 2014?
Boleh dikatakan rata-rata ahli krt Tmn Desa Melati menaruh keyakinan pasukan Harimau Malaya akan dapat menewaskan pasukan Thailand. Jika kita perhatikan dari segi Rangking FIFA yang dikeluarkan pada bulan Disember 2014 memanglah krt Tmn Desa Melati akui bahawa harimau Malaya ketinggalan berbanding dengan Thailand. Rangking Thailand ialah 144 manakala rangking Malaysia pula ialah di kedudukan 155 dunia. Untuk Asia Tenggara pula kedudukan Harimau Malaya ialah berada dikedudukan yang kelima iaitu di belakang Filipina, Vietnam, Myamar dan Thailand. Namun begitu Krt Taman Desa Melati menaruh keyakinan kepada anak buah Dollah saleh akan dapat melakukan sesuatu pada final nanti. Strategi dan percaturan adalah amat penting di dalam sesuatu permaianan bolasepak , jika strategi seperti diperlawanan separuh akhir ke dua menentang Vietnam digunakan KRT Tmn Melati yakin kemenangan akan berpihak kepada Harimau malaya. Apakah strategi yang perlu di lakukan oleh Dollah Saleh??? Kita tunggu dan lihat pada 17.12.2014 dan 20.12.2014. Good luck kepada Harimau Malaya.Pakat-pakat sokong pasukan kita semua.


No comments:
Post a Comment