Di sini Krt Tmn Desa Melati ingin berkongsi tentang peluang selepas PT3. Mungkin adik-adik terutama pelajar-pelajar Tingkatan 3 tahun ni yang Result PT3 yang akan keluar 22 Dis 2014 .masih lagi mencongak ke arah mana hala tuju mereka . Di sini Krt Tmn Desa Melati ingin membuka minda adik-adik tentang peluang belajar di Kolej Vokasional. Apakah yang terbayang difikiran adik-adik apabila mendengar tentang Kolej Vokasional?
Hari ini Krt Tmn Desa Melati ingin membicarakan tentang peluang yang terdapat di kolej vokasional. Okey ni serba sedikit berkaitan dengan kolej vokasional (KV) :
1. Mungkin ada tanggapan dikalangan ibu bapa yang menyatakan program yang terdapat di kolej Vokasional ni untuk pelajar yang tidak pandai, jadi disini krt Taman Desa Melati ingin membetulkan tanggapan itu Program Vokasional bukan utk pelajar 'tak pandai' tapi lebih kepada pelajar bukan akademik.
2. Pelajar bukan akademik inilah yang akan lahir sebagai tenaga
mahir dalam negara dan menyumbang kepada matlamat malaysia menjadi
negara maju.
3. Untuk makluman ibubapa semua,Semua program kemahiran dn vokasional ditawarkan di KV/ILKA (ILP& Giatmara) /ILKS (ranaco,kru academy,MATA dll)
4.Yang menariknya KV menawarkan 2 bentuk pengajian iaitu pra diploma
(sijil skm tahap 1&2 ;2 tahun) dan program diploma (skm tahap 4;
2thn 3 bln)
5.Ibu bapa dan pelajar tak perlu bimbang dengan status penilaian BM kerana LPM & JPA mengiktiraf penilaian BM KV setaraf dengan
BM SPM melalui penilaian berterusan secara one-sitting. Pengiktirafan
ini bermakna pelajar-pelajar KV layak memohon jawatan dlm JPA.
6.Yang lebih menariknya Graduan KV boleh melanjutkan pelajaran ke Malaysia Technical
University Network (MTUN).Untuk makluman ibu bapa dan pelajar Graduan rintis ( pertama) masih dalam pengajian dan akan
tamat pada 2016.
Bagaimana adik-adik nak masuk Kolej Vokasional dan syarat-syaratnya.
Untuk makluman adik-adik di krt Tmn Desa Melati ... Ni dia syaratnya
Seperti yang krt Tmn Desa Melati beritahu dari awal tadi ialah golongan sasaran KV adalah pelajar lepasan PT3 dengan keputusan A B C
(keutamaan) dan D (releven utk 1-2 course).
Jadi apa tunggu lagi jika berminat adik-adik masih ada peluang untuk mengisi borang online
Tarikh online : 3 Nov hingga 26 Dis 2014
Tarikh Temuduga : 2 Jan - 10 Jan 2015
Tarikh daftar pelajar : utk KV - 19 jan 2015
Pada hemat krt Taman Desa Melati Pendidikan
Vokasional di TRANSFORMASIKAN untuk melahirkan tenaga mahir Negara. Jadi apa tunggu lagi ...Tepuk dada Tanya Hati....Untuk adik-adik yang berminat jangan tunggu lagi... isi borang online di sini
No comments:
Post a Comment