Hujan mula turun mencurah-curah di kawasan Krt Taman Desa Melati. Air sungai Durian mula melimpah tebing. Di sini krt taman Desa Melati berharap agar para ibu bapa di kawasan Krt Taman Desa Melati memerhatikan anak -anak , supaya menjauhi tempat -tempat rendah , kawasan longkang dan di tepi Sungai Durian. Disini krt Taman Desa Melati ingin
berkongsi dengan ahli-ahli krt Taman desa Melati , apakah langkah –langkah yang
perlu di buat apabila hujan turun tidak berhenti-henti lebih kurang tiga hari. Okey
jika sekiranya hujan turun 3 hari tak henti-henti , ini bermakna air Sungai
Durian akan mula melimpah tebing.Ok… jadi apakah langkah-langkah yang perlu
dilakukan ?Cuba ikuti tip-tip di bawah, diharapkan dapat membantu ahli krt semua.:
Ø Dapatkan
maklumat tentang banjir di kawasan tempat anda duduki
Ø Dengar
pengumuman dari radio dan TV.
Ø Pastikan
keselamatan ahli keluarga masing-masing
Ø Bawa
masuk perabot atau perkakas di luar rumah
Ø
Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat
atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
Ø
Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap
utama bekalan air dan gas.
Ø pastikan ikut arahan pihak berkuasa , jika pihak berkuasa suruh berpindah pastikan anda dan jiran-jiran anda berpindah.
Berhati-hati ketika banjir
No comments:
Post a Comment