Tuesday, 16 December 2014

AIR KELAPA SERBA GUNA








Buah Nyiur  , Buah Serba Guna

AIR KELAPA BOLEH MENGGANTIKAN PETROL DLM KECEMASAN
Penah kah kita mendengar bahawa Air kelapa boleh dijadikan alternative untuk menggantikan minyak petrol.? Di sini Krt taman Desa Melati ingin berkongsi tentang kehebatan Air Kelapa , iaitu air serba guna. Baru-baru ini heboh dikalangan mengatakan bahawa sekumpulan jurutera telah menemu satu kaedah menggunakan air kelapa untuk menggantikan minyak petrol. Satu lagi prestasi yg patut diberikan penghargaan untuk pereka enjin dan jurutera yang berhasil menemukan bahan bakar pengganti kepada petrol dengan hanya berbekal bahan asas daripada air kelapa. Okey sekiranya motorsikal kita kehabisan minyak , jangan cepat panik. Ikuti langkah-langkah yang tertera di bawah. Caranya pun amat mudah :
1. Tuangkan air kelapa ke dalam botol kemudian diamkan sekitar 2 jam.
2. Masukan botol ke dalam beg dan tutup rapat dan  hindarkan dari sinar matahari kerana sinar matahari akan merosakkan molekul air kelapa tersebut.
3. Hidupkan motor anda dan bergeraklah seperti biasa hingga anda kehabisan petrol yang ada di dalam tangki. Tetapi usah risau, anda sudah bersedia dengan bekalan bahan bakar yang baru.
4. Pada saat petrol anda habis, gunakan air kelapa yg sudah disiapkan tadi untuk anda minum, kemudian
tolak motor anda sampai stesen minyak terdekat.
Badan sihat, petrol pun jimat.
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment