Banjir pada tahun ni memang luar biasa dan diluar jangkaan orang ramai.Memang tiada sesiapa menjangkakan air sungai melimpah dengan cepat dan menegelamkan kawasan -kawasan perumahan yang berhampiran dengan Sungai seperti Tmn Bukit Sireh.Krt Taman Desa Melati bersyukur kepada Allah S.w.t kerana setakat ni Tmn Desa Melati terhindar dari banjir walaupun lokasi berhampiran dengan Sungai Durian.Rasa sedih dan hiba apabila mengenang nasib rakan -rakan yang berada di pusat pemindahan banjir.krt Tmn Desa Melati berharap mereka yang dilanda banjir dapat bersabar dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.krt Tmn Desa Melati berharap penderitaan yang dihadapi oleh mangsa -mangsa banjir ini tidak berpanjangan. Musibah banjir ini adalah ujian Allah kepada kita semua yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Oleh itu, kita wajib menerima dengan penuh lapang dada dan tabah. Firman Allah yang bermaksud:
“ Tiada sesuatu kesusahan atau bala bencana yang ditimpakan di muka bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah termaktub di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah teramat mudah bagi Allah ”.
( Surah Al-Hadid : 22 )
Oleh yang demikian, bersabarlah dengan musibah ini dan jangan sampai kita hilang perasaan sabar dengan berputus asa atau berprasangka buruk seakan-akan Allah tidak akan memberikan kita kebaikan pada masa hadapan disebabkan banyaknya kemusnahan atau kehilangan harta kita.